Pages

11 May 2011

Petua Cinta 1

بسم الله الرحمن الرحيم

 Alhamdulillah, dengan izinnya jua blog ini berjaya terhasil!

Sebagai pemanas enjin, suka saya untuk menceritakan  2 sahaja petua supaya Pencipta kita mencintai kita :


Caranya ialah, kita hendaklah melazimi 2 ayat ini:

1) Untuk segala perintah yang Allah bagi, biasakan untuk berkata    ( حاضر يا رب)   yang bermaksud (saya datang,ya Allah)

Set kan minda kita, kita adalah orang pertama yang akan menyahut seruan Allah, kitalah orang yang akan m'beri sebaik-baik persembahan buatnya.

Bila macam tu, ibadah yang biasanya beratpun akan jadi ringan & seronok utk diamalkan


2) Untuk segala benda yang buruk @ kita x suka, lafazkanlah  (راضي يا رب) yang bermaksud (saya redha,ya Allah)

Apa2 musibah yang kita dapat, bila kita lafazkan kalimah ni dengan sepenuh hati, kita akan rasa kecilnya musibah yang ditimpa berbanding dengan ganjaran yang Allah akan bagi.

 Mudahkan petua ni?

Benarlah kata-kata Rasulullah, mafhumnya :

Setiap keadaan adalah baik untuk orang mukmin. Bila dia mendapat nikmat, dia akan bersyukur. Bila dia ditimpa musibah, dia akan bersabar

Hasilnya, kita akan rasa bahagia je dengan kehidupan dunia yang sebentar cuma ini... INDAHNYA BILA JADI ORANG MUKMIN