Pages

26 July 2011

Hebat kan?

Hebatnya ukhti ni!
Mantapnya kakak ni!

Bagi saya, nilai kehebatan seseorang itu, bukanlah diukur dengan petahnya seseorang itu berkata-kata.
Walaupun ini menjadi kredit buat setiap yang memiliki,
bukan juga diukur dengan hebatnya dalam memimpin.
Walaupun ini menjadi kredit untuk kemajuan sesuatu pemikiran

Tapi,
Kehebatan seseorang ialah ketikamana dia mampu untuk menundukkan hatinya kepada Allah semata-mata
Meletakkan hatinya lebih rendah dari taraf seorang hamba
Kerana,

Hanya HATI yang sejahtera @ dengan kata lain, amal yang dilakukan dengan hati yang salim sahaja yang kita harapkan untuk dipersembahkan kepada Allah

Kita mengharapkan untuk menghadap Allah nanti dengan hati ini
Teringat hadis Rasulullah kepada sahabat2nya:

Bukanlah Abu Bakr mendahului kamu dengan banyaknya solat dan puasa, tetapi dia mendahului kamu dengan apa yang bermain dalam hatinya(IMAN yang MANTAP dalam hatinya)

Jom kurang bercakap yang x perlu, dan banyak beramal !

23 July 2011

Busyra demi busyra

Salam,

Dalam beberapa hari ini,
banyak sangat busyra atau berita gembira yang meniti di bibir-bibir akhawat
Satu demi satu pengumumam untuk mendirikan baitul muslim kedengaran

Aku disini, melihat dan tersenyum.
Barakallahulakuma wa barak alaikuma wa jama'a bainakuma fikhayr

09 July 2011

Cuti!

Bismillah,

Lama rasanya dibiarkan blog ni tanpa diisi.
Cuti musim panas sudah bermula bagi pelajar Kuliyyah Ulum Islamiyyah,Univ. Al Azhar.


Mungkin bagi sesetengah orang
musim cuti.cuti kerja.cuti sekolah.hari cuti.

Adalah hari yang telah disetkan menjadi waktu untuk merehatkan diri,
menghabiskan masa bersama keluarga,
melepaskan tekanan-tekanan semasa

Tapi,
bagi mereka yang impikan cuti yang nikmatnya tidak dapat digambarkan,
tidak pernah dirasai walau sekali oleh ahli dunia

TIADA ISTILAH CUTI dalam kamus hidup mereka,
hinggalah Allah menentukan antara 2 keputusan.Syahid.atau.Menang.

Hari cuti diisi dengan perkara2 yang membina keimanan,
memantapkan kefahaman, memberi manfaat buat orang lain dan sebagainya.

Bukan bermakna pengabaian hak badan,
tapi hak tersebut ditunaikan mengikut keperluan & tidak berlebihan.

Kita lihat bagaimana Rasulullah meraikan hak untuk badan yang sudah bekerja keras,
penat, & bosan.

Ketikamana ada seorang wanita ansor yang telah tua datang kepada baginda & berkata: Ya Rasulullah berdoalah kepada Allah supaya aku dimasukkan ke dalam syurga. Baginda berkata: Wahai Umm Fulan, sesungguhnya syurga tidak akan dimasuki oleh orang yang tua.

Maka perempuan tersebut menangis mengenangkan nasib dirinya. Apabila melihat perkara tersebut, Rasulullah tersenyum & berkata : Tidakkah kamu baca firman Allah?


إنا أنشأنهن إنشاء* فجعلنهن أبكارا* عربا أترابا

Cukup untuk memberi semangat baru kepada badan kita yang kelesuan dengan membuat orang lain gembira & berjenaka.

*sejak keluarga saya mengenal tarbiyyah ini, cuti bukan hanya dihabiskan dengan begitu sahaja.bahkan, cuti lebih sibuk dari hari kerja.sibuk bina diri & masyarakat.