13 April 2012

Nota buat Kak Teh

Bismillah.
Peluang bertemu dengan Ustzh Istisyhad binti Hasan alBanna secara live telah mencuit hati untuk mengupdate blog yg telah berdebu dengan tebalnya. Mendengar ustzh menyebut bahawa dia tidak pernah bersua ayahnya dengan takungan air mata membawa diri ini kembali ke tanah air. (banyak ibroh yg diperolehi dari ustzh,tapi,tidak berniat untuk menceritakan perkara tersebut dalam post ini)

Post kali ini, ditujukan khusus buat adik tersayang, Fahima Nazihah bt Mohd Hussaini yang sedang sakit.

Kak teh,
melihat status2 kak teh di facebook, sudah cukup untuk memahamkan akak bahawa kak teh berada dalam keadaan sakit yang amat.

Kak teh,
cukuplah Allah sebagai penjaga kita. Biarpun kak teh tidak dapat menjalani kehidupan sepertimana kawan-kawan kak teh yang lain, tapi yakinlah si Dia punya perancangan agung buatMu dik. Iman memang tidak dapat diwarisi, tapi, fikrah dan semangat ibu dan ayah masih mampu kita teruskan. Ambil dan serapkan semangat itu.

Terkenang saat pertama kali tahu kak teh sakit. ibu cuba untuk merahsiakan perkara tersebut kerana akak sedang dalam tempoh menghampiri peperiksaan STAM. akhirnya,bila dapat tahu, akak ambil keputusan balik untuk melihat keadaan kak teh yang pada waktu itu, hampir sebahagian besar masa adalah bukan diri kak teh.

Kini,
hampir 4 tahun masa berlalu...dan Allah masih meletakkan takdirnya untuk terus menguji keluarga kita. satu yang memberi semangat kepada akak, dan akak yakin, lebih-lebih lagi kak teh, ialah usaha ibu yang tidak pernah henti dan pengharapannya yang tinggi untuk melihat kak teh sembuh. Ibu pernah kata:"Tugas kita ialah usaha, Allah dah tentukan masa untuk kak teh sembuh". Dan, kalimah itu yang akak pegang sampai sekarang berkenaan dirimu.

Kalau ikut hati akak, mahu saja setiap masa berada di samping ibu, tolong drive untuk ke tempat kak teh berubat yang bukan dekat. Bantu mengurangkan beban ibu. Tapi, perjalanan ini masih jauh. Masih banyak yang perlu akak baja untuk kehidupan mendatang. Maafkan akak atas kelemahan diri ini. Tidak membantu dirimu walau sedikit.

Kak Teh, satu pesanan akak, banyakkan istighfar dan berzikir pada Allah jika kak teh terdaya. Walaupun dirimu tidak mampu memberi sumbangan untuk dakwah ini seperti mana orang lain, tapi, bagi akak, cukuplah doa yang benar-benar ikhlas untuk membantu perjalanan dakwah ibu, akak, ikhwah akhawat khususnya ISMA dalam menyebarkan risalah ini.Doa yang kak teh titipkan dikala dirimu lelah dihambat ujian duniawi, bakal mengetuk pintu penduduk-penduduk langit. Biarlah kecintaanmu melambung meninggalkan dunia yang fana ini.

Salam sayang dari akak,
0905 pm  13 Apr 2012
Hayyu 10, Madinat Nasr, Cairo