22 June 2011

Tajdid Azam

Bismillah,

Allah yang lebih mengetahui, kenapa tiba-tiba hari ni timbul perasaan saya perlu memperbaharui azam saya meneruskan langkah di Bumi Anbiya' & Syuhada'.

''Sebab tengah exam ke? (lagi 2 subject yang x tahu nak belajar apa.kena mahir bercakap bahasa arab & mendengar)''

''Sebab hampir setahun duduk mesir ke?''
''Sebab pening kepala penaja nak hantar pegawai dia ke?''

Bak kata seorang sahabat saya : Perempuan ni cangkuk.Dalam kepala semua masalah masuk satu balang.

Tapi, sejenak bila kita renung kembali,
Tak kiralah kita sebagai student kepada universiti apapun (famous@tidak),
mahupun pekerja kepada syarikat (kerajaan@swasta),
ataupun daei yang menyeru manusia memahami Islam yang sebenar,
ataupun sebagai isteri & ibu dalam institusi keluarga.
Kita takkan mampu menghadapi hari-hari dalam kamus hidup kita tanpa azam yang jitu.
Kerana, setiap hari yang baru, Allah akan beri ujian yang baru.
Sebab,bagi orang yang beriman, tidak akan sekali-kali sama hari ni dengan semalam.
Dan keajaiban,atau terciptanya sejarah hari kita, hanya dari azam diri kita.

Tiba-tiba, saya teringat 1 pesanan agung dari murabbi agung,
yang saya tujukan kepada semua pemuda yang bercita-cita untuk menjadi seperti Muhammad alFateh, Usamah b. Zaid, Muhannad atThohir dll.

أيها الشباب : إنما تنجح الفكرة 
إذا قوي الإيمان بها وتوفر الإخلاص في سبيلها وازدادت الحماسة لها
ووجد الاستعداد الذي يحمل علي التضحية والعمل لتحقيقها 
وتكاد تكون هذه الأركان الأربعة : الإيمان  والإخلاص والحماسة والعمل من خصائص الشباب 
لأن
أساس الإيمان قلب زكي
أساس الإخلاص الفؤاد النقي
وأساس الحماسة الشعور القوي
وأساس العمل العزم الفتى
وهذه كلها لا تكون إلا للشباب

ومن هنا كان الشباب قديما وحديثا في كل أمة عماد النهضة سر قوتها وفي كل فكرة حامل رايتها

Wahai Pemuda :
Sesungguhnya kejayaan sesuatu pemikiran@gagasan ialah apabila 
kuatnya IMAN kepada Allah,
IKHLAS di atas jalannya,
tinggi SEMANGAT padanya,
dan, bersedia BERKORBAN serta PELAKSANAAN utk merealisasikannya
Ketahuilah ada 4 rukun yang diperlukan utk m'jayakn sesuatu gagasan iaitu :
IMAN, IKHLAS, SEMANGAT,PELAKSANAAN
yang semuanya merupakan keistimewaan PEMUDA.
Kerana asas IMAN ialah HATI yang BIJAKSANA,
asas IKHLAS ialah HATI(sanubari) yang SUCI,
asas SEMANGAT ialah PERASAAN yang KUAT,
dan asas 'AMAL ialah KEAZAMAN PEMUDA

Sesungguhnya pemuda dulu & kini,
adalah TONGGAK KEBANGKITAN sesuatu umat.
Pada setiap kebangkitan, pemuda menjadi rahsia kekuatannya &
Pada setiap pemikiran PEMEGANG PANJINYA

Aku adalah pemuda itu.
Aku ingin menjadi sejarah.
Jadi,
Kenapa mudah sangat menyerah?
Sila tetapkan langkah kaki.
Perbaharui azam & semangat untuk meniti manhaj tarbawi di bumi tarbawi ini


"Itulah umat yang telah lalu.Baginya apa yang telah mereka usahakan & bagimu apa yang telah kamu usahakan.Dan kamu tidak akan diminta(pertggjawapan) tentang apa yang dahulu mereka kerjakan" alBaqarah-141.

Maka bekerjalah

note : azam tu, biar saya jelah yang tahu(بيني وبين ربي)

13 June 2011

Ghuraba'

ليس الغريب هو الذي فارغ الديار ودع الآن
ولكن الغريب هو الذي يجد والناس من حوله يلعبون
ويصحو والناس من حوله ينامون
ويسلك درب الخير والناس في ضلالهم يتخططون
وصدق الشاعر اذ يقول
قال لي صاحب اراك غريبا 
بين هذا الانم دون خليل
قلت : كلا! بل الأنام غريب أنا في عالم وهذه سبيلي
هذا هو الغريب
غريب عند العابثين من البشر 
ولكنه عند ربه في مقام كريم
Ghuraba', bukanlah orang yang mengosongkan rumah & meninggalkannya sekarang,
Tetapi, ghuraba' ialah orang yang serius apabila orang disekelilingnya bermain-main,
Dia berjaga ketika manusia disekelilingnya tidur,
Melalui jalan kebaikan, sedangkan manusia merancang dalam kebatilan,
Benarlah kata-kata seorang penyair apabila dia berkata,
Sahabatku telah berkata kepadaku : Aku melihat engkau ni pelik,
Engkau hidup antara manusia2 ni, tapi tiada teman rapat yang sama denganmu,
Aku berkata: Bukan! Bahkan manusia2 tu yang pelik.Aku berada di dunia ni, & ini jalanku.
Benda ini pelik,
Pelik bagi yang bermain-main dalam kalangan manusia,
Tetapi,sesungguhnya, ghuraba' itu disisi TuhanNya pada kedudukan yang mulia


Realiti sekarang, Islam seolah-seolah asing. Orang yang mengamalkan Islam dikira mundur. Orang yang menceburi bidang agama dianggap tidak moden. Benarlah kalam Nabi kita yang telah baginda lafazkan lebih 1400 tahun dahulu :

قال الرسول : بدأ الاسلام غريبا, وسيعود غريبا كما بدأ. فقول هد للغرباء

Mulanya Islam dalam keadaan terasing,dan akan kembali terasing seperti permulaannya.Maka katakanlah:Beruntunglah mereka yang terasing.

Suasana jahiliyyah sebelum kedatangan Islam amat dahsyat.

Bayi perempuan ditanam hidup-hidup, perempuan tiada nilai & hak, arak adalah minuman utama, berbunuhan antara kaum adalah kebiasaan

Islam datang dengan nilai-nilai murni yang membersihkan manusia dari kegelapan jahiliyyah,
Rasulullah datang untuk mengembalikan nilai manusiawi yang sirna dari masyarakat ketika itu,
Rasulullah membawa Islam yang kelihatan asing di pandangan manusia ketika itu

Rasulullah adalah ghuraba' ketika itu!

Kenapa? 
Kerana manusia sudah sebati dengan jahiliyyah,
Dan seruan Islam adalah pelik & bertentangan dengan amalan mereka.
Walaupun keseorangan, Rasulullah tidak lemah & menyerah,
Bahkan mengorak langkah dengan membina orang-orang disekelilingnya

Hinggalah,
Islam berada di kemuncaknya.
Menguasai 2/3 dunia.
2/3 masyarakat dunia,berbilang bangsa,budaya,
Tiada masalah sama ada berkulit putih,merah@hitam.
Tiada masalah walau berbeza bahasa.
Kerana Islam menyatukan.

Tapi,

Umat ini sentiasa diuji, kerana Allah sentiasa ingin menapis & memilih hanya dari yang terbaik sahaja yang akan memikul & mendokong agamaNya.
Teringat kata-kata Umar Al Khattab : Kita adalah kaum yang dimuliakan dengan Islam.
Tanpa Islam, tiada nilai pada diri kita.

Pada tarikh 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1342 hijrah,
diisytiharkan pembubaran Khilafah Uthmaniyyah di Istanbul.
Khilafah yang telah diwarisi dari zaman Khalifah Abu Bakr telah hilang dengan sekali pengisytiharan.

Apakah faktornya?
Faktor utama, kerana umat Islam telah jauh dari Islam,
Bahkan, tidak menjadikan Islam sebagai timbangan dalam kehidupan.

Dan lahirlah kita pada era globalisasi ini,
Menatap kemelut umat yang seolah-olah tiada penghujungnya.
Melihat kesusahan & penderitaan yang bertimpa-timpa ke atas orang Islam
Melihat pengaruh2 & ideologi2 bertali arus menyerang pemikiran generasi muda

Kita terperangkap dengan rancangan kafir laknatullah yang gerun dengan kebangkitan Islam.
Kita ambil contoh mudah perancangan mereka.
Sistem pendidikan. Hanya lepasan SPM baru diiktiraf untuk masuk ke universiti.
boleh layariibnukhairuddin.blogspot. untuk lebih lanjut.

Kesimpulannya,
Saya hanya ingin timbulkan persoalan.
Adakah kita ingin untuk tergolong dalam golongan ghuraba' seperti Rasulullah?
Apa yang boleh kita buat untuk membina kembali daulah Islamiyyah?

Sila layari Andai aku di situ untuk pencerahan 

Wassalam