Pages

22 June 2011

Tajdid Azam

Bismillah,

Allah yang lebih mengetahui, kenapa tiba-tiba hari ni timbul perasaan saya perlu memperbaharui azam saya meneruskan langkah di Bumi Anbiya' & Syuhada'.

''Sebab tengah exam ke? (lagi 2 subject yang x tahu nak belajar apa.kena mahir bercakap bahasa arab & mendengar)''

''Sebab hampir setahun duduk mesir ke?''
''Sebab pening kepala penaja nak hantar pegawai dia ke?''

Bak kata seorang sahabat saya : Perempuan ni cangkuk.Dalam kepala semua masalah masuk satu balang.

Tapi, sejenak bila kita renung kembali,
Tak kiralah kita sebagai student kepada universiti apapun (famous@tidak),
mahupun pekerja kepada syarikat (kerajaan@swasta),
ataupun daei yang menyeru manusia memahami Islam yang sebenar,
ataupun sebagai isteri & ibu dalam institusi keluarga.
Kita takkan mampu menghadapi hari-hari dalam kamus hidup kita tanpa azam yang jitu.
Kerana, setiap hari yang baru, Allah akan beri ujian yang baru.
Sebab,bagi orang yang beriman, tidak akan sekali-kali sama hari ni dengan semalam.
Dan keajaiban,atau terciptanya sejarah hari kita, hanya dari azam diri kita.

Tiba-tiba, saya teringat 1 pesanan agung dari murabbi agung,
yang saya tujukan kepada semua pemuda yang bercita-cita untuk menjadi seperti Muhammad alFateh, Usamah b. Zaid, Muhannad atThohir dll.

أيها الشباب : إنما تنجح الفكرة 
إذا قوي الإيمان بها وتوفر الإخلاص في سبيلها وازدادت الحماسة لها
ووجد الاستعداد الذي يحمل علي التضحية والعمل لتحقيقها 
وتكاد تكون هذه الأركان الأربعة : الإيمان  والإخلاص والحماسة والعمل من خصائص الشباب 
لأن
أساس الإيمان قلب زكي
أساس الإخلاص الفؤاد النقي
وأساس الحماسة الشعور القوي
وأساس العمل العزم الفتى
وهذه كلها لا تكون إلا للشباب

ومن هنا كان الشباب قديما وحديثا في كل أمة عماد النهضة سر قوتها وفي كل فكرة حامل رايتها

Wahai Pemuda :
Sesungguhnya kejayaan sesuatu pemikiran@gagasan ialah apabila 
kuatnya IMAN kepada Allah,
IKHLAS di atas jalannya,
tinggi SEMANGAT padanya,
dan, bersedia BERKORBAN serta PELAKSANAAN utk merealisasikannya
Ketahuilah ada 4 rukun yang diperlukan utk m'jayakn sesuatu gagasan iaitu :
IMAN, IKHLAS, SEMANGAT,PELAKSANAAN
yang semuanya merupakan keistimewaan PEMUDA.
Kerana asas IMAN ialah HATI yang BIJAKSANA,
asas IKHLAS ialah HATI(sanubari) yang SUCI,
asas SEMANGAT ialah PERASAAN yang KUAT,
dan asas 'AMAL ialah KEAZAMAN PEMUDA

Sesungguhnya pemuda dulu & kini,
adalah TONGGAK KEBANGKITAN sesuatu umat.
Pada setiap kebangkitan, pemuda menjadi rahsia kekuatannya &
Pada setiap pemikiran PEMEGANG PANJINYA

Aku adalah pemuda itu.
Aku ingin menjadi sejarah.
Jadi,
Kenapa mudah sangat menyerah?
Sila tetapkan langkah kaki.
Perbaharui azam & semangat untuk meniti manhaj tarbawi di bumi tarbawi ini


"Itulah umat yang telah lalu.Baginya apa yang telah mereka usahakan & bagimu apa yang telah kamu usahakan.Dan kamu tidak akan diminta(pertggjawapan) tentang apa yang dahulu mereka kerjakan" alBaqarah-141.

Maka bekerjalah

note : azam tu, biar saya jelah yang tahu(بيني وبين ربي)

5 comments:

  1. Azam saya, besok pagi nak bangun sebelum azan subuh.

    "ataupun sebagai isteri & ibu dalam institusi keluarga.yang ni,masa post ni ditulis,saya tiada pengalaman lagi"

    Tak lama dah tu. Selalunya pelajar-pelajar Timur Tengah ni cepat kahwin.

    ReplyDelete
  2. hmm, x taw nak ckp apa..rs mcm x lg kot a.ahmad. t'ikat dgn penaja..tunggu abg im,abg ahmad, k.asiyah, n k.nasibah dulula..mesti gembira nenek kalau dgr.

    ReplyDelete
  3. :')

    Allah, beri kami kemampuan. Merealitikan keazaman.

    ReplyDelete
  4. azam... azam... azam... azam... azam... azam... azam bin yakin bin usaha bin doa bin tawakkal

    ReplyDelete
  5. :)

    seronoknya belajar di sana... :)

    semoga kuat ye, insya Allah, cik Wardah doakan.. ^_^

    ReplyDelete