Pages

09 July 2011

Cuti!

Bismillah,

Lama rasanya dibiarkan blog ni tanpa diisi.
Cuti musim panas sudah bermula bagi pelajar Kuliyyah Ulum Islamiyyah,Univ. Al Azhar.


Mungkin bagi sesetengah orang
musim cuti.cuti kerja.cuti sekolah.hari cuti.

Adalah hari yang telah disetkan menjadi waktu untuk merehatkan diri,
menghabiskan masa bersama keluarga,
melepaskan tekanan-tekanan semasa

Tapi,
bagi mereka yang impikan cuti yang nikmatnya tidak dapat digambarkan,
tidak pernah dirasai walau sekali oleh ahli dunia

TIADA ISTILAH CUTI dalam kamus hidup mereka,
hinggalah Allah menentukan antara 2 keputusan.Syahid.atau.Menang.

Hari cuti diisi dengan perkara2 yang membina keimanan,
memantapkan kefahaman, memberi manfaat buat orang lain dan sebagainya.

Bukan bermakna pengabaian hak badan,
tapi hak tersebut ditunaikan mengikut keperluan & tidak berlebihan.

Kita lihat bagaimana Rasulullah meraikan hak untuk badan yang sudah bekerja keras,
penat, & bosan.

Ketikamana ada seorang wanita ansor yang telah tua datang kepada baginda & berkata: Ya Rasulullah berdoalah kepada Allah supaya aku dimasukkan ke dalam syurga. Baginda berkata: Wahai Umm Fulan, sesungguhnya syurga tidak akan dimasuki oleh orang yang tua.

Maka perempuan tersebut menangis mengenangkan nasib dirinya. Apabila melihat perkara tersebut, Rasulullah tersenyum & berkata : Tidakkah kamu baca firman Allah?


إنا أنشأنهن إنشاء* فجعلنهن أبكارا* عربا أترابا

Cukup untuk memberi semangat baru kepada badan kita yang kelesuan dengan membuat orang lain gembira & berjenaka.

*sejak keluarga saya mengenal tarbiyyah ini, cuti bukan hanya dihabiskan dengan begitu sahaja.bahkan, cuti lebih sibuk dari hari kerja.sibuk bina diri & masyarakat.

1 comment: