21 August 2011

20 Tahun dalam Kenangan

Tarikh keramat 16081991, aku dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Anak pertama kepada pasangan Mohd Hussaini & Fadilah Ashari yang merupakan pelajar tahun 3 di UKM dalam bidang perubatan pada masa itu.

Kini, tarikh 16082011, bermakna telah 20 tahun Allah memberikan keizinan kepadaku untuk terus menghirup udara di bumi yang tercinta ini.

Penghargaan ini kutujukan khusus buat ibu & ayah tercinta yang telah menjagaku sedari kecil hingga dewasa.
Tidak mampu untukku balas jasa kalian melainkan dengan doa moga ditetapkan iman kalian sehingga ke akhir hayat.

Aku mengimbas semula detik-detik perjalanan hidupku yang telah ku lalui.
kerana ku takut,masa yang berbaki selepas ini adalah lebih singkat berbanding yang telah dilalui.
Aku harus menjadi lebih baik.

Umur 1-7 tahun: Tidak berapa ingat sangat. Cuma yang diingati, susah sangat nak pergi tadika. Jadi wakil tadika untuk pertandingan mewarna. Ketika ibu tengah on call, ikut ayah pergi melihat pertandingan bola sepak di stadium. Pada masa ini, didikan ibu dengan ayah sangat penting dalam membina sifat asas dalam diriku.

Umur 8-12 tahun: Fasa mudah terikut-ikut budaya sekeliling. Fasa suka m'berontak. Akhirnya, cara ibu ayah dalam handle & 'ilaj perkara ini sangat m'beri kesan dalam diri.

Umur 13-20 tahun: Banyak sangat peristiwa yang berlaku dalam tempoh ini. Jatuh bangun menjadi pengajaran buat diri.
Cukuplah pengajaran sahaja yang dikongsikan.

Akan disambng pada entry yang seterusnya.....








3 comments:

  1. Selamat ulang tahun diucapkan kepada Sakinah, walaupun sedikit lambat. Moga umur yang diberikan ini akan menjadi umur yang berkualiti untuk Sakinah. (^^)

    ReplyDelete
  2. usia memberontak,huh? haha,akak ni...memang penuh dengan rahsia! ni adik ketiga akak!

    ReplyDelete
  3. usia memberontak? haha,akak ni memang penuh ngan misteri! akak doakanlah adik akak yang nak amik UPSR ni!

    ReplyDelete