Pages

22 May 2012

Fana' VS Baqa'


Dalam perjalanan balik dari universiti menuju ke tempat perhentian bas,
Kaki ini terus melangkah,
Mata ini terus memerhati hiruk pikuk bandar Kaherah,
Kulit ini masih tegar menahan panasnya matahari pada akhir mei ini.

Hati pula terus berkata-kata,
Memainkan pelbagai bentuk perasaan,
Memuhasabah perjalanan seorang pengembara,
Menginsafi fana' nya dunia yang sedang berputar

Jiwa terasa lelah dengan permainan dan tipu daya dunia,
Lalu ku temui satu penawar,
Di kala bersendirian menginsafi amal diri,
Di kala derap kaki ini menyusuri Ardhul Kinanah.
Mungkin doa ini biasa-biasa buat kalian,
Tapi, bagi diriku,
Dikala ini, di tempat ini, di usia ini,
Aku bersyukur kerana doa ini berjaya memisahkan aku dari hambatan dunia
Berjaya disentak dengan sentapan arRahman

ولا تجعل الدنيا أكبر همنا
 "Jangan jadikan dunia keutamaan kami"

Tarikan dari tuhan memanggil hati ini,
Dan jiwaku kembali menyedari,
Keluarga yang aku sayangi,
Sahabat yang aku dampingi,
Segalanya
Segalanya
Adalah dunia yang sepatutnya tidak memaut hatiku
Walaupun kasih dan sayang tulus buat mereka,
Tapi cintaNya, rinduNya telah membaluti di segenap ruang hati

Wallahua'lam

Cairo, Egypt
22 Mei 2012
*sehari sebelum pilihanraya di mesir
AnNasru Qarib, InsyaAllah!




No comments:

Post a Comment